Tuesday, July 10, 2018

Jom menyerjakan Umrah

//UMRAH SEBENARNYA MUDAH

Alhamdulillah selesai sudah urusan umrah saya dan keluarga di kota suci Mekkah AlMukarramah

Bagi yang berhajat nak menunaikan Umrah disini saya kongsikan perkara yang anda perlu tahu sebelum ke sini:
.
5 PERKARA WAJIB UMRAH + LARANGAN DALAM IHRAM
1) Niat di Miqat
2) Tawaf
3) Saei
4) Tahalul
5) Tertib

Perkara No 3,4,5 adalah benda yang sangat mudah di fahami cuma perkara No 1&2 iaitu Niat di Miqat & Tawaf sahaja yang perlu di beri kefahaman yang lebih sedikit.
.
πŸ•ŒNIAT DI MIQAT
Niat Umrah perlu di buat di (Miqat) iaitu antara tanah halal dengan tanah haram (Mekkah)

Antara tempat Miqat adalah : Bir Ali, Tanaim, Jaraknah, Hudaibiyah, Qarnul Manazil

Sebelum niat boleh dah pakai kain Ihram (2 kain yang tidak bercantum) dan bagi perempuan cukup sekadar menutup aurat.

Lafaz niat : "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah"

Lepas sahaja niat, boleh terus ke Masjidil Haram utk urusan seterusnya iaitu Tawaf.

.
.
πŸ•‹ TAWAF
Tawaf adalah dimana kita mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan. Bermula dari sudut Hajarul Aswad hingga kembali ke Hajarul Aswad kembali sebanyak 7kali.

Sewaktu kerjakan Tawaf terdapat 8 Syarat yang perlu di ikuti.
•Suci dari hadas kecil & besar
•Suci badan pakaian, tempat dari najis
•Menutup aurat
•Mula dari penjuru Hajarul Aswad
•Bahu di sebelah kiri Kaabah
•Berjalan hanya bertujuan Tawaf
•7kali pusingan dengan yakin
•Tawaf dalam Masjidil Haram & di luar Hijir Ismail

Nak baca apa sepanjang Tawaf?
Apa2 saja bacaan yg kita tahu seperti surah2, doa2, zikir2

Nak baca doa apa sepanjang Tawaf?
Bacalah apa sahaja yang terlintas dalam hati, apa sahaja yang di hajati, baca dalam bahasa melayu pun tak da masalah dan tak perlu nak hafal doa bahasa arab tu

Apabila sampai di Penjuru Hajarul Aswad boleh berIstilam (Angkat tangan lambai kearah Hajarul Aswad dan kucup tgn kita) dengan menyebut - Bismillah AllahuAkbar

Habis 7kali pusingan boleh solat sunat tawaf belakang maqam ibrahim atau mana2 tempat , minum air zamzam dan proceed untuk buat Saei.

.
.
🚢SAEI
Dah selesai buat Tawaf boleh ke tepi kawasan Masjidil Haram untuk buat Saei.

Saei adalah berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak 7kali.

Sewaktu kerjakan Saei terdapat 5 Syarat yang perlu di ikuti.
•Dilakukan selepas selesai Tawaf
•Mula Saei dari Safa dan berakhir di Marwah
•Saei di kawasan Bukit Safa ke Bukit Marwah
•Berjalan hanya bertujuan Saie
•7kali pusingan dengan yakin

.
.
😊 TAHALUL
Tahalul adalah melepaskan larangan2 semasa ihram dgn cara bergunting @ bercukur.

Habis sahaja kita Saei ( setelah tiba di Marwah pada pusingan ke-7) ambil gunting dan guntinglah tidak kurang dari 3 helai rambut.

Yang lelaki lepas keluar dari kawasan Saei boleh cari kedai gunting rambut bercukur. Lebih afdal untuk botak.

.
.
πŸ”’ TERTIB
Tertib iaitu mengikut urutan sepanjang kita melengkapkan rukun umrah itu.

Bermula dengan Niat Di Miqat ➡Tawaf➡ Saei➡Tahalul. Maka sempurnalah Umrah kita.
.
.

πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘πŸ›‘

LARANGAN DALAM IHRAM.
Larangan ini bermula apabila kita mula Niat di Miqat. Apabila kita dah niat maka benda2 ini kita tak boleh buat.

❌Pakaian berjahit / bercantum (L)
❌Menutup kepala @ sebahagiannya (L)
❌Tutup muka (P)
❌Pakai sarung tangan (L/P)
❌Bau-bauan di badan, pakaian (L/P)
❌Pakai minyak di kepala, janggut, semua bulu muka selain daripada di pipi dan dahi (L/P)
❌Tanggalkan rambut @bulu dari mana-mana anggota (L/P)
❌Kerat, potong, gigit kuku (L/P)
❌Cabut, potong, kerat pokok yang halal di makan di sekitar tanah haram (L/P)
❌Memburu, membinasakan binatang yang halal di makan di sekitar tanah haram (L/P)
❌Pendahuluan persetubuhan (L/P)
❌Bersetubuh (L/P)
❌Berkahwin, mengkahwinkan, menerima wakil kahwin (L/P).

Secara ringkasnya adalah Umrah ada 5 perkara sahaja iaitu Niat Di Miqat ➡Tawaf➡ Saei➡Tahalul➡️Tertib.

Lepas kita niat maka kena jaga Larangan Dalam Ihram seperti diatas. Habis sahaja Tahalul maka larangan itu pun dah tiada.

Semoga kupasan ini membantu serta memberi gambaran yang lebih jelas tentang perkara2 berkenaan dengan Umrah.

Semoga kita semua akan menjadi Duyuffurahman Insyallah

Credit : Imran
#umrah #stayfly

No comments:

Post a Comment

COVER TUGASAN

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNOVERSITI UTARA MALAYSIA SESI APRIL 2018 TUG...